Sabtu, 7 Januari 2012



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE telah membangunkan laman web yang baru dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa kemudahan telah disediakan dalam laman web ini. Di antaranya adalah makluman dan berita KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE, hebahan aktiviti sepanjang tahun, senarai perkhidmatan RESORT yang ditawarkan, maklumat mengenai KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE, penerbitan, dan sebagainya.
Selain itu, elemen multimedia diterapkan dari masa ke masa di ruangan pameran disamping beberapa aplikasi atas talian untuk kemudahan khalayak ramai. Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan yang berguna para pengunjung web ini.
Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.
Terima kasih kerana mengunjungi laman web KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE.



KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE mempunyai lebih dari 70 unit chalet yang di bina dengan cantuman eleman semulajadi dan moden. 
Malah, kalumpang turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang sukakan 
aktiviti outdoor.

 KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka ianya turut dilengkapi dengan kemudahan seperti 
kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan sebagainya. 
Malah ia turut dilengkapi dengan dewan sebagai memenuhi kehendak pengunjung yang ingin menjalankan latihan.

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi, malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat latihan dan kursus, seminar, mesyuarat, hari keluarga dan perkhemahan. 
Kalumpang Resort turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan salah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan Malaysia Budget Hotel Association